Fakta Ini Mungkin Memeranjatkan Anda!
Kebanyakan diet atau pelan fitness yang sudah biasa anda dengar sebelum ini, semua diet berdasarkan kitaran hormon 24 jam lelaki. Ia berdasarkan model maskulin yang menganggap wanita berfungsi dengan cara yang sama setiap hari.
“Penyelesaian” masalah berat badan yang popular semuanya tidak mengambil kira realiti hormon wanita, yang pada amnya mempunyai kitaran 28 hari. Kitaran 28 hari ini disebut irama infradian.
Apa Jadi Bila Wanita Mengabaikan Irama Infradian?
⬆ Berat Badan & Perut Buncit
⬆ Keradangan Dalam Badan
⬆ Tekanan Jantung
⬆ Ketidakseimbangan Hormon
Anda ingin sihatkan badan dengan cara mudah, selamat, dan terbukti berkesan?
Mari rujuk di bawah!
Atasi Masalah Tersebut Dengan Gabungan:
Bagaimana Program BLOSSOM Membantu Mereka?
Ramai wanita berumur dari 35 – 55 tahun (<35 pun boleh!) berjaya melindungi dan memelihara hormon melalui BLOSSOM, tanpa stress!
Noraini, 46 Tahun
"Tiada lagi penyakit sembelit kronik yang menyebabkan perut buncit. Tiada lagi migrain, emosi berlebihan, kekejangan dan sakit sebelum dan semasa haid."
Azlina, 49 Tahun
"Lepas ikut Blossom, paras hormon naik dan saya dapat haid yang telah bertahun ‘hilang’. Kulit menjadi lebih cantik dan saya lebih mudah hadapi 'cravings' - punca utama berat yoyo."
Wan Huriyah, 51 Tahun
"Saya mempelajari yang kitaran haid berkait dengan segala perubahan hormon dalam badan kita. Blossom mengajar saya untuk menyayangi diri, badan, minda dan jiwa!"
Johanna, 48 Tahun
"Program Blossom terasa seperti sepanjang hayat, walaupun hanya 3 bulan. Segala info dan pengetahuan masih boleh digunakan walaupun setelah program tamat."
Rosnita, 48 Tahun
"Haid menjadi lebih teratur dan tidak lagi cepat emosi. Tidak mudah rasa letih dan sakit kepala. Kurang sakit belakang, bahu dan leher. Kulit makin cantik dan tidak kusam."
Suhaila, 47 Tahun
"Tiada lagi migrain yang kronik dan vertigo semasa haid. Perut tak kembung atau berangin, dan penghadaman lebih baik. Hormon lebih seimbang, emosi lebih stabil. Mudah tidur nyenyak."
Sharifah, 52 Tahun
"Kini saya lebih memahami cara pemakanan yang betul, dan saya juga lebih berhati-hati dengan pengambilan makanan untuk saya dan seisi keluarga."
Ruzila, 52 Tahun
"Sakit tumit hampir hilang setelah berat badan berkurangan. Saya lebih memahami gaya hidup sihat yang dapat mempengaruhi tubuh dan emosi wanita."
Liza, 48 Tahun
"Kini 3 cysts sudah tiada. Saya sudah mendapat haid balik dan saya juga tidak lagi ada GERDs. Tekanan darah dan bacaan gula saya menjadi semakin normal."
Lifestyle Program That Heals
Beri keupayaan kepada tubuh untuk guna karbohidrat/ lemak sebagai bahan bakar (bergantung kepada sumber mana yang tersedia) untuk mencapai fleksibiliti metabolik.
Blossom membimbing anda untuk makan dan bersenam selaras dengan irama infradian anda, mengikut keperluan hormon dalam setiap fasa kitaran haid anda.
Anggaplah ia sebagai sistem pelan diet serta senaman yang sesuai dengan fitrah wanita.
4 Kebaikan Mencapai Fleksibiliti Metabolik
Sokong pengeluaran tenaga yang berkekalan
TIngkat pembakaran lemak
Kurang naik turun kadar gula dalam darah
Kurang rasa ingin makanan/ cravings
Bila badan telah mencapai fleksibiliti metabolik, lagi senang untuk anda turun berat badan tanpa merasai seperti anda tengah diet langsung!
Apa Dalam Program Blossom?
Kami menawarkan Program Blossom 3 bulan yang menolong wanita atasi masalah metabolisme rendah, berat yoyo dan ketidakseimbangan hormon mengikut keperluan hormon dan kitaran haid wanita.
Kami turut memberi anda bimbingan penurunan berat dengan panduan pemakanan yang disokong sains oleh Certified Health & Nutrition Life Coach! Mari tengok apa yang anda bakal dapat melalui BLOSSOM!
Kami tidak hanya menggariskan kepada anda CARA TERBAIK untuk makan dan bersenam selaras dengan perubahan kitaran haid anda; malah kami memberi struktur dan sokongan yang diperlukan untuk menjadikan perjalanan anda sangat mudah!
Siapakah Coach Haz?
- Certified Health & Nutrition Life Coach
- Certified Natural & Nutrition Healing
- Stress Management for Better Living
- Self-Control Psychology & Weight Loss
Anda Betul-Betul Nak Sertai Program Ini?
Adakah anda sangka program ini berharga seperti program lain di luar sana?
Program Ini…
Bukan RM 3000!
Bukan RM 2000!
Tak mencecah sehingga RM 1500!
Ini demi membuka lebih banyak peluang untuk orang ramai sertai dan juga mendapatkan manfaat dari program ini.
Sertai 1,000+ Blossom Sisters!
Kami ingin menawarkan!
BLOSSOM BASIC – JIMAT RM 999!
Hanya RM 333* SEBULAN!
RM999
Harga Promo
RM1,998
Harga Biasa
Atau upgrade ke Blossom Elite dan dapatkan sokongan tambahan untuk anda capai berat badan impian!
BLOSSOM ELITE – JIMAT RM 1,299!
Hanya RM 433* SEBULAN!
RM1299
Harga Promo
RM2,598
Harga Biasa
*Dengan bayaran ansuran 0% instalment plan – 3x! Cepat daftar dan jangan lepaskan peluang untuk sihatkan badan dalam masa 90 hari!
Apa Yang Akan Anda Dapat Capai Dengan Blossom
- Turun berat badan
- Dapat kulit yang cantik dan cerah
- Tak perlu “berdiet” lagi! Makan untuk menyokong minda dan badan anda pada setiap fasa kitaran haid anda
- Tidur lebih lena tanpa gangguan
- Lebih bertenaga sepanjang hari
- Menjadi lebih cergas dan kuat walaupun tidak menjalankan exercise/ workout berat
- Dapat mood dan emosi yang lebih ceria dan stabil
- Sistem pencernaan yang lebih efisien
- Menjadi lebih ramping akibat senaman sesuai berdasarkan fasa kitaran haid
Jika Kami Boleh, Anda Pasti Boleh!
Siapa Kami & Bagaimana Kami Membantu Anda
Aafiya Life diasaskan oleh 2 wanita mempunyai misi untuk membantu anda mendapatkan tahap kesihatan yang terbaik. Kenali kami di sini!
Coach Haz @ Aafiya Life Co-Founder
Real Food is the Real Medicine
Saya Hazlina Churai Mee, berumur 48 tahun, ketinggian 175 cm, telah berjaya menurunkan berat badan saya dari 76-78 kg ke 61 kg. Sepanjang 3 tahun berkecimpung dalam bidang ini, saya berjaya mengekalkan berat badan sebanyak 61 kg.
Saya merupakan seorang Jurulatih Kesihatan & Pemakanan Yang Diperakui. Kini saya berazam untuk membantu para wanita di luar sana yang ingin mendapatkan berat badan yang ideal. Tiada apa yang mustahil!
Setelah beberapa bulan saya capai berat badan ideal, saya diuji dengan masalah ketumbuhan ovari. Oleh kerana saya mengalami komplikasi sewaktu pembedahan yang terdahulu, maka doktor tidak mahu mengambil risiko dengan melakukan pembedahan untuk kali yang ke-4. Saya tak mengalah dan buat research sendiri. Saya dapati ada 2 cara yang boleh merawat penyakit saya iaitu dengan puasa cara autophagy dan makan plant-based food.
Selepas 3 bulan, saya berjumpa pakar sakit puan kembali. Result CT Scan menunjukkan endo saya masih ada tapi telah mengecil. Kesemua pengalaman ini telah membuka mata saya. Real Food is the Real Medicine.
Suzana @ Aafiya Life Co-Founder
You can eat a healthy diet and exercise daily, but until you deal with the mess in your head and address your past traumas, your body won't fully heal
Saya memulakan perjalanan menurunkan berat badan melalui diet makanan berasaskan tumbuhan selama 2 minggu. Tetapi ia bukan diet yang ingin saya jalani untuk jangka masa panjang. Selepas 2 minggu, saya teruskan misi turun berat badan melalui pengambilan makanan “clean whole food” secara intuitif, mengikut selera. Pemakanan saya berbeza-beza dan menyelerakan, dan saya tetap turun berat badan. Apabila mencapai berat badan yang ideal, saya mampu mengekalkannya tanpa mengamalkan diet sama sekali.
Ketika rakan saya Hazlina, berkongsi kajian berdasarkan wanita seharusnya makan berdasarkan keperluan hormon mereka, saya sedar cara permakanan saya dipengaruhi hormon sendiri yang menyebabkan saya makan berdasarkan keinginan saya pada tempoh tertentu dalam sebulan.
Falsafah Aafiya Life adalah untuk kembali kepada yang perkara asas. Sebagai kaum wanita, kita harus mengambil makanan yang sesuai dengan keperluan semula jadi tubuh kita. Itulah sebabnya kita mempunyai fasa kitaran haid yang berbeza dan mengapa kita merasa berbeza dalam setiap fasa. Dengan pandangan ini, kami ingin menyebarkan mesej penting ini kepada semua wanita di Malaysia. Oleh itu, terciptalah Blossom.
Peserta Blossom kami yang lepas sememangnya telah berkembang menjadi seakan-akan bunga mekar yang indah. Mereka telah berubah secara fizikal, emosi dan rohani. Sebilangan besar dari mereka telah mencapai berat badan ideal dalam masa beberapa bulan, ada juga yang tidak percaya bahawa sekarang berat badan mereka turun sehingga separuh daripada awal tahun ini.
Visi kami adalah untuk mengembalikan semula kekuatan wanita seperti yang telah ditakdirkan oleh alam. Dengan Blossom, kami ingin mewujudkan ruang bagi wanita untuk melangkah ke arah kewanitaan mereka secara asli, menjalani gaya hidup yang bersemangat dan sihat sambil menerapkan peranan masing-masing dalam kehidupan.