Balance & Burn Masterclass – 4 Oktober 2025

Original price was: RM159.00.Current price is: RM19.00.

Adakah anda wanita berusia 35 tahun ke atas? Tahukah anda bahawa penurunan hormon pada usia ini adalah normal dan hormon memainkan peranan penting dalam metabolisme? Bergantung kepada senaman dan pengiraan kalori sahaja tidak mencukupi untuk mengekalkan atau menurunkan berat badan.

Kami menjemput wanita berumur 35 tahun ke atas yang ingin meningkatkan kesihatan badan secara holistik dan memahami kepentingan hormon untuk menyertai webinar eksklusif 4 jam kami. Webinar ini akan dibimbing oleh Health & Nutrition Life Coach yang berpengalaman untuk membantu anda memahami hormon dengan mendalam.

Dalam Masterclass ini, anda akan belajar:
– Kaitan antara hormon, metabolisme, dan penurunan berat badan
– Empat peringkat hormon dan faktor yang menyebabkan penurunan metabolisme
– Strategi untuk memperbaiki keseimbangan hormon

Dan satu rahsia penting yang ramai wanita terlepas pandang…
Tahukah anda bahawa waktu anda makan, tidur, dan bersenam boleh memberi kesan besar kepada hasil kesihatan anda? Ramai wanita sudah makan dengan betul dan bersenam dengan rajin—tapi hasilnya tetap perlahan. Dalam sesi ini, anda juga akan faham bagaimana masa yang selari dengan biologi dalaman anda boleh mempercepatkan penurunan berat dan memberi tenaga yang lebih stabil sepanjang hari.

BONUS!!! Peserta akan menerima dua eBook PERCUMA bernilai RM 158:
– “4 Cara Semulajadi Memaksimumkan Imuniti Anda”
– “9 Hormon Yang Berkaitan Dengan Berat Badan”

Jangan lepaskan peluang ini untuk memulakan perjalanan menuju kesihatan terbaik.

Daftar segera untuk webinar 4 jam yang penuh dengan ilmu penting seumur hidup!

Scroll to Top

Pengasas Bersama, Coach Haz

Real Food is the Real Medicine

Cabaran utama saya, seorang wanita yang mempunyai cita-cita dan impian walaupun setelah berumahtangga dan mempunyai keluarga sendiri adalah mencari keseimbangan antara keluarga, kerja dan keperluan diri. Berbelas tahun saya sangkakan saya perlu menjadi wanita hebat dan perlu berjaya dalam kesemuanya. Tekanan yang saya berikan ke atas diri menimbulkan masalah kesihatan yang serius. Saya menghidap endometriosis dan antara kesannya saya sukar mengandung, masalah berat badan, emosi tidak stabil, sakit sendi dan keletihan yang berpanjangan.

Walaupun telah melakukan tiga kali pembedahan, kehidupan saya tidak juga berubah sehinggalah kematian ibu membuatkan saya tersedar. Atas asbab inilah saya bertekad menjadi sihat dan mencari ketenangan diri. Inilah permulaan perjalanan saya sebagai Coach Haz. Saya mencari ilmu kesihatan, pemakanan, hormon dan pelbagai lagi untuk mengubah kesihatan saya. Saya mulakan dengan menurunkan berat badan yakni 11 kg dalam 6 minggu sahaja dan mencapai berat ideal dan mengekalkannya tanpa perlu bersusah payah. Saya juga berjaya mengecutkan ketumbuhan di pelvik dengan mengubah pemakanan, mengamalkan puasa, mencari ketenangan dengan mendekatkan diri kepada Tuhan, menyelami fitrah dan cinta diri.

Saya percaya ilmu yang diperolehi dan pengalaman yang sangat berharga ini perlu dikongsi kepada wanita lain untuk membantu mereka mencari kebahagian mereka pula. Bukan setakat itu, yang lebih utama adalah sokongan dari wanita yang memahami perasaan dan pemikiran wanita lain agar mereka yakin berjaya membuat perubahan besar dan penuh makna ini.

Pengasas Bersama, Suzana

Happiness starts with loving who you truly are

Pada satu ketika dahulu, saya menghadapi beberapa cabaran dalam hidup saya. Saya menghadapi masalah berat badan yang berlebihan, terlalu sibuk dengan rutin harian, dan sering merasa keletihan. Ketidakselesaan diri, hilangnya keyakinan, serta rasa kecewa kerana tidak dapat menikmati aktiviti yang saya sukai dan mengalami anxiety menjadi lumrah bagi saya. Saya terasa seperti sesat mengejar kehidupan yang penuh dengan tuntutan dan tekanan.

Namun, bersyukur dengan izin Allah, saya akhirnya dapat mengatasi masalah berat badan yang saya hadapi sejak melahirkan anak pertama saya 23 tahun yang lalu dalam beberapa bulan sahaja. Saya berjaya menjaga berat badan yang ideal sejak itu. Saya yakin kejayaan saya terletak pada kesedaran untuk memberikan kasih sayang kepada diri sendiri, yang dahulunya saya abaikan. Saya mengakui bahawa tidaklah mudah untuk mempraktikkan cara berfikir yang demikian, terutama sebagai seorang wanita yang memiliki banyak peranan dalam kehidupan. Tuntutan tanggungjawab kepada orang lain sering kali mengorbankan waktu dan perhatian yang seharusnya diberikan kepada diri sendiri, sehingga kita melupakan impian dan kebahagiaan kita. Motivasi saya untuk memberi keutamaan kepada kesejahteraan diri saya datang dari keinginan yang kuat untuk menikmati hidup dengan tenang, bebas dari tekanan yang berpanjangan. Hasilnya, saya dapati bahawa ketika saya mendedikasikan diri untuk “mencintai diri sendiri,” saya mampu menjalankan tanggungjawab terhadap orang-orang tercinta dan karier saya dengan lebih baik daripada sebelumnya.

Dengan tekad untuk mencapai tujuan tersebut, saya bersama rakan seperjuangan, Coach Haz, mengasaskan Aafiya Life. Kami bertekad untuk menyebarkan pesanan penting agar wanita kembali ke fitrah mereka dan memahami keperluan dasar tubuh, fikiran, dan emosi kita secara alami. Filosofi kami melibatkan mencintai diri sendiri, makanan yang sehat yang natural, berhubungan dengan alam, tidur yang cukup, beristirehat dengan baik, bergerak aktif serta menjalin hubungan yang baik dengan keluarga, rakan-rakan dan komuniti kami.

Di Aafiya Life, kami sangat mengutamakan dukungan terhadap perjalanan mengekalkan kesihatan yang baik dan kesejahteraan individu secara holistik.