Privacy Policy

Polisi Jaminan Pulangan Wang 30 Hari

Kami percaya setiap wanita berhak merasa yakin dan disokong dalam perjalanan kesihatan dan pemulihan diri. Sebab itu, kami menawarkan Jaminan Pulangan Wang 30 Hari untuk pembelian anda

Apa Yang Dilindungi:

Jaminan ini terpakai untuk Balance & Burn Masterclass

Bagaimana Ia Berfungsi:

Jika anda telah menyertai Masterclass sepenuhnya tetapi merasakan ia tidak sesuai dengan keperluan anda, hubungi kami dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembelian untuk permintaan pulangan wang. Kami akan proseskan permintaan anda tanpa persoalan.

đź’¬ Cara Memohon Pulangan Wang:

Sila emelkan kepada kami di [email protected] dengan maklumat berikut:

1.Nama penuh dan nombor pesanan

2.Nama produk – Balance & Burn Masterclass

3.Penjelasan ringkas (supaya kami boleh terus menambah baik)

Permintaan anda akan disemak dan, jika layak, bayaran akan dipulangkan dalam tempoh 14 hari bekerja.

Syarat – syarat pemulangan wang :

·Pulangan wang hanya diberikan untuk pembelian kali pertama Pembelian ulangan tidak layak untuk bayaran balik.

·Tiada permintaan bayaran balik akan diterima selepas tempoh 30 hari berakhir.

Niat Kami:

Setiap tawaran Aafiya Life dibina dengan kasih, pengalaman, dan integriti. Kami percaya bahawa wanita yang bersama kami hadir dengan niat yang tulus dan kami menghormati itu dengan berdiri teguh atas nilai yang kami janjikan.

Sekiranya anda ada sebarang soalan, jangan segan untuk hubungi kami. Kami sedia membantu.

Scroll to Top

Pengasas Bersama, Coach Haz

Real Food is the Real Medicine

Cabaran utama saya, seorang wanita yang mempunyai cita-cita dan impian walaupun setelah berumahtangga dan mempunyai keluarga sendiri adalah mencari keseimbangan antara keluarga, kerja dan keperluan diri. Berbelas tahun saya sangkakan saya perlu menjadi wanita hebat dan perlu berjaya dalam kesemuanya. Tekanan yang saya berikan ke atas diri menimbulkan masalah kesihatan yang serius. Saya menghidap endometriosis dan antara kesannya saya sukar mengandung, masalah berat badan, emosi tidak stabil, sakit sendi dan keletihan yang berpanjangan.

Walaupun telah melakukan tiga kali pembedahan, kehidupan saya tidak juga berubah sehinggalah kematian ibu membuatkan saya tersedar. Atas asbab inilah saya bertekad menjadi sihat dan mencari ketenangan diri. Inilah permulaan perjalanan saya sebagai Coach Haz. Saya mencari ilmu kesihatan, pemakanan, hormon dan pelbagai lagi untuk mengubah kesihatan saya. Saya mulakan dengan menurunkan berat badan yakni 11 kg dalam 6 minggu sahaja dan mencapai berat ideal dan mengekalkannya tanpa perlu bersusah payah. Saya juga berjaya mengecutkan ketumbuhan di pelvik dengan mengubah pemakanan, mengamalkan puasa, mencari ketenangan dengan mendekatkan diri kepada Tuhan, menyelami fitrah dan cinta diri.

Saya percaya ilmu yang diperolehi dan pengalaman yang sangat berharga ini perlu dikongsi kepada wanita lain untuk membantu mereka mencari kebahagian mereka pula. Bukan setakat itu, yang lebih utama adalah sokongan dari wanita yang memahami perasaan dan pemikiran wanita lain agar mereka yakin berjaya membuat perubahan besar dan penuh makna ini.

Pengasas Bersama, Suzana

Happiness starts with loving who you truly are

Pada satu ketika dahulu, saya menghadapi beberapa cabaran dalam hidup saya. Saya menghadapi masalah berat badan yang berlebihan, terlalu sibuk dengan rutin harian, dan sering merasa keletihan. Ketidakselesaan diri, hilangnya keyakinan, serta rasa kecewa kerana tidak dapat menikmati aktiviti yang saya sukai dan mengalami anxiety menjadi lumrah bagi saya. Saya terasa seperti sesat mengejar kehidupan yang penuh dengan tuntutan dan tekanan.

Namun, bersyukur dengan izin Allah, saya akhirnya dapat mengatasi masalah berat badan yang saya hadapi sejak melahirkan anak pertama saya 23 tahun yang lalu dalam beberapa bulan sahaja. Saya berjaya menjaga berat badan yang ideal sejak itu. Saya yakin kejayaan saya terletak pada kesedaran untuk memberikan kasih sayang kepada diri sendiri, yang dahulunya saya abaikan. Saya mengakui bahawa tidaklah mudah untuk mempraktikkan cara berfikir yang demikian, terutama sebagai seorang wanita yang memiliki banyak peranan dalam kehidupan. Tuntutan tanggungjawab kepada orang lain sering kali mengorbankan waktu dan perhatian yang seharusnya diberikan kepada diri sendiri, sehingga kita melupakan impian dan kebahagiaan kita. Motivasi saya untuk memberi keutamaan kepada kesejahteraan diri saya datang dari keinginan yang kuat untuk menikmati hidup dengan tenang, bebas dari tekanan yang berpanjangan. Hasilnya, saya dapati bahawa ketika saya mendedikasikan diri untuk “mencintai diri sendiri,” saya mampu menjalankan tanggungjawab terhadap orang-orang tercinta dan karier saya dengan lebih baik daripada sebelumnya.

Dengan tekad untuk mencapai tujuan tersebut, saya bersama rakan seperjuangan, Coach Haz, mengasaskan Aafiya Life. Kami bertekad untuk menyebarkan pesanan penting agar wanita kembali ke fitrah mereka dan memahami keperluan dasar tubuh, fikiran, dan emosi kita secara alami. Filosofi kami melibatkan mencintai diri sendiri, makanan yang sehat yang natural, berhubungan dengan alam, tidur yang cukup, beristirehat dengan baik, bergerak aktif serta menjalin hubungan yang baik dengan keluarga, rakan-rakan dan komuniti kami.

Di Aafiya Life, kami sangat mengutamakan dukungan terhadap perjalanan mengekalkan kesihatan yang baik dan kesejahteraan individu secara holistik.