Terma & Syarat Penyertaan

DENGAN MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN PROGRAM YANG DITAWARKAN DI LAMAN WEB  INI ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT OLEH TERMA DAN SYARAT DI BAWAH

  1. Aafiya Life adalah jenama oleh Ruang Mekar Sdn Bhd. Dalam terma dan syarat  ini Ruang Mekar Sdn Bhd dikenali sebagai “Syarikat” dan Program -program yang dijalankan Aafiya Life 5 dikenali sebagai “Program” 
  2. Orang yang mendaftar dalam Program ini dikenali sebagai “Peserta”
  3. Syarikat berhak: i) untuk menangguhkan atau membatalkan program sekiranya bilangan peserta tidak memenuhi bilangan minimum untuk dimulakan. Jumlah minimum akan ditentukan oleh Syarikat dari semasa ke semasa. Sekiranya Program dibatalkan, bayaran balik sepenuhnya akan diberikan. ii) untuk menjadualkan semula atau menangguhkan aktiviti dan / atau mengganti pelatih dan / atau pemberian bonus tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Setiap sesi yang ditangguhkan akan diganti dengan sewajarnya dan dikemas kini kepada Peserta
  4. Peserta dinasihatkan untuk berunding dengan profesional kesihatan dan perubatan mereka sebelum memulakan sebarang Program.
  5. Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kecelakaan atau kecederaan kepada Peserta sepanjang keseluruhan program. Peserta dengan ini, melepaskan Syarikat, dari segala dan semua liabiliti, tuntutan, atau tuntutan yang timbul dari atau berkaitan dengan Program.
  6. Program adalah sah selama tempoh yang dimakumkan di dalam website Aafiya Life dan TIDAK akan ada pelajaran penggantian atau bayaran balik untuk kelas yang tidak dihadiri atas sebab apa pun. Bayaran dikenakan untuk akses Program pada setiap intake dengan kadar yang ditawarkan pada masa tawaran dibuat, mengikut ketetapan Syarikat
  7. Peserta perlu ambil perhatian bahawa keputusan individu berbeza-beza. Syarikat tidak menjamin hasil tertentu untuk penyertaan. Kejayaan peserta mencapai hasil yang baik adalah daripada faktor niat, motivasi, dan komitmen Peserta.  Hasil berbeza mengikut setiap individu bergantung kepada komitmen Peserta dengan Program.
  8. Semua maklumat yang dikongsi dalam kumpulan tertutup / peribadi oleh Syarikat sama ada dalam Kumpulan Facebook / Kumpulan Telegram (‘Kumpulan’) TIDAK BOLEH dikongsi di luar Kumpulan dengan cara apa pun, kecuali dipersetujui oleh Syarikat.  Peserta DILARANG menyebarkan sebarang intipati program termasuk kandungan modul, ebook, dan perjalanan program tanpa mendapat kebenaran daripada Syarikat. 
  9. Sebarang aktiviti yang dilakukan dalam program ini akan diambil sebagai testimoni Program.  Ini juga bermaksud  Syarikat  boleh  menggunakan informasi /gambar yang diberikan secara penuh atau sebahagian untuk tujuan promosi di mana-mana tempat / kaedah yang difikirkan sesuai oleh Syarikat
Scroll to Top

Pengasas Bersama, Coach Haz

Real Food is the Real Medicine

Cabaran utama saya, seorang wanita yang mempunyai cita-cita dan impian walaupun setelah berumahtangga dan mempunyai keluarga sendiri adalah mencari keseimbangan antara keluarga, kerja dan keperluan diri. Berbelas tahun saya sangkakan saya perlu menjadi wanita hebat dan perlu berjaya dalam kesemuanya. Tekanan yang saya berikan ke atas diri menimbulkan masalah kesihatan yang serius. Saya menghidap endometriosis dan antara kesannya saya sukar mengandung, masalah berat badan, emosi tidak stabil, sakit sendi dan keletihan yang berpanjangan.

Walaupun telah melakukan tiga kali pembedahan, kehidupan saya tidak juga berubah sehinggalah kematian ibu membuatkan saya tersedar. Atas asbab inilah saya bertekad menjadi sihat dan mencari ketenangan diri. Inilah permulaan perjalanan saya sebagai Coach Haz. Saya mencari ilmu kesihatan, pemakanan, hormon dan pelbagai lagi untuk mengubah kesihatan saya. Saya mulakan dengan menurunkan berat badan yakni 11 kg dalam 6 minggu sahaja dan mencapai berat ideal dan mengekalkannya tanpa perlu bersusah payah. Saya juga berjaya mengecutkan ketumbuhan di pelvik dengan mengubah pemakanan, mengamalkan puasa, mencari ketenangan dengan mendekatkan diri kepada Tuhan, menyelami fitrah dan cinta diri.

Saya percaya ilmu yang diperolehi dan pengalaman yang sangat berharga ini perlu dikongsi kepada wanita lain untuk membantu mereka mencari kebahagian mereka pula. Bukan setakat itu, yang lebih utama adalah sokongan dari wanita yang memahami perasaan dan pemikiran wanita lain agar mereka yakin berjaya membuat perubahan besar dan penuh makna ini.

Pengasas Bersama, Suzana

Happiness starts with loving who you truly are

Pada satu ketika dahulu, saya menghadapi beberapa cabaran dalam hidup saya. Saya menghadapi masalah berat badan yang berlebihan, terlalu sibuk dengan rutin harian, dan sering merasa keletihan. Ketidakselesaan diri, hilangnya keyakinan, serta rasa kecewa kerana tidak dapat menikmati aktiviti yang saya sukai dan mengalami anxiety menjadi lumrah bagi saya. Saya terasa seperti sesat mengejar kehidupan yang penuh dengan tuntutan dan tekanan.

Namun, bersyukur dengan izin Allah, saya akhirnya dapat mengatasi masalah berat badan yang saya hadapi sejak melahirkan anak pertama saya 23 tahun yang lalu dalam beberapa bulan sahaja. Saya berjaya menjaga berat badan yang ideal sejak itu. Saya yakin kejayaan saya terletak pada kesedaran untuk memberikan kasih sayang kepada diri sendiri, yang dahulunya saya abaikan. Saya mengakui bahawa tidaklah mudah untuk mempraktikkan cara berfikir yang demikian, terutama sebagai seorang wanita yang memiliki banyak peranan dalam kehidupan. Tuntutan tanggungjawab kepada orang lain sering kali mengorbankan waktu dan perhatian yang seharusnya diberikan kepada diri sendiri, sehingga kita melupakan impian dan kebahagiaan kita. Motivasi saya untuk memberi keutamaan kepada kesejahteraan diri saya datang dari keinginan yang kuat untuk menikmati hidup dengan tenang, bebas dari tekanan yang berpanjangan. Hasilnya, saya dapati bahawa ketika saya mendedikasikan diri untuk “mencintai diri sendiri,” saya mampu menjalankan tanggungjawab terhadap orang-orang tercinta dan karier saya dengan lebih baik daripada sebelumnya.

Dengan tekad untuk mencapai tujuan tersebut, saya bersama rakan seperjuangan, Coach Haz, mengasaskan Aafiya Life. Kami bertekad untuk menyebarkan pesanan penting agar wanita kembali ke fitrah mereka dan memahami keperluan dasar tubuh, fikiran, dan emosi kita secara alami. Filosofi kami melibatkan mencintai diri sendiri, makanan yang sehat yang natural, berhubungan dengan alam, tidur yang cukup, beristirehat dengan baik, bergerak aktif serta menjalin hubungan yang baik dengan keluarga, rakan-rakan dan komuniti kami.

Di Aafiya Life, kami sangat mengutamakan dukungan terhadap perjalanan mengekalkan kesihatan yang baik dan kesejahteraan individu secara holistik.